SELAMAT DATANG KE BLOG
PERKASA PERAK CYBER TROOPERS

Blog Khas Untuk
Wadah Perjuangan Orang Melayu

Mohon Sokongan Dari Para Pejuang

/// 30 ///

PPCT


Jumaat, 17 Ogos 2012


12 tahanan ISA dibebaskan

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kerajaan hari ini membebaskan seramai 12 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuatkuasa serta-merta.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesemua yang dibebaskan tersebut merupakan pesalah jenayah keganasan yang mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Qaeda selain jenayah pemerdagangan manusia.
"Pembebasan ini berikutan pemansuhan akta tersebut yang diluluskan Parlimen pada 9 Mei lalu.
"Jumlah ini tidak termasuk tiga lagi individu yang telah dibebaskan pada awal Ramadan baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Penjara Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan