SELAMAT DATANG KE BLOG
PERKASA PERAK CYBER TROOPERS

Blog Khas Untuk
Wadah Perjuangan Orang Melayu

Mohon Sokongan Dari Para Pejuang

/// 30 ///

PPCT


Jumaat, 17 Ogos 2012


Felcra taja baju raya 180 warga miskin

TAJUDDIN Abdul Rahman membantu Mohd. Adlie Najimi Asri mencuba baju Melayu pada program Felcra bersama golongan kurang bernasib baik membeli keperluan raya di AEON Jusco Kinta City, Ipoh, Perak, semalam.
IPOH 15 Ogos - Sambutan Syawal kali ini lebih bermakna buat 180 golongan kurang bernasib baik dari seluruh Perak apabila mereka dibawa membeli baju dan keperluan raya di kompleks beli-belah AEON Jusco Kinta City, di sini hari ini.
Mereka yang terdiri daripada ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), warga emas, fakir miskin dan anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Kasih, di sini berbelanja secara purata RM250 setiap seorang yang ditaja oleh Felcra Berhad.
Program itu diketuai Pengerusi Felcra, Datuk Tajudin Abdul Rahman yang ditemani Pengurus Besar Felcra Wilayah Perak, Mat Roni Zakaria.
Mereka meluangkan masa hampir dua jam memilih pakaian raya seperti baju Melayu, baju kurung, seluar, kasut, kemeja dan barang-barang dapur di pusat beli-belah itu.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah ibu bapa yang dapat membeli baju raya berjenama dan berkualiti untuk anak-anak mereka.
Ketika ditemui pemberita, Tajudin berkata, program itu merupakan tanggungjawab sosial syarikat (CSR) syarikat berkenan dan diadakan setiap musim perayaan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan membeli barang keperluan.
Katanya, ia diharap menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri buat golongan berkenaan.
"Hari ini, kita bawa 180 orang dari seluruh Perak untuk membeli kelengkapan hari raya. Ini merupakan tanggungjawab sosial Felcra Berhad yang antara lain meraikan kumpulan masyarakat yang kurang bernasib baik pada setiap musim perayaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan