SELAMAT DATANG KE BLOG
PERKASA PERAK CYBER TROOPERS

Blog Khas Untuk
Wadah Perjuangan Orang Melayu

Mohon Sokongan Dari Para Pejuang

/// 30 ///

PPCT


Sabtu, 22 September 2012

Polis Tak Terlibat Secara Langsung Kes SUARAM
( SUARA ANAK HARAM )
Polis Diraja Malaysia tidak terlibat secara langsung dengan siasatan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didakwa menerima dana asing bagi menjalankan operasi mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Bagaimanapun, polis tetap memantau perkembangan kes itu yang kini di bawah siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, katanya dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan dengan Ahli Rakan COP Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam.

Ismail berkata biar pihak berkuasa tertentu menjalankan siasatan dan beliau percaya segala tindakan yang bakal diambil pasti mengikut lunas undang-undang.

Ditanya sama ada polis akan memanggil Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham untuk siasatan setelah banyak laporan polis dibuat terhadapnya, beliau berkata pihak polis perlu menilai laporan berkenaan sama ada, ada jenayah berlaku.

"Kalau ada kita siasat, kalau tak ada kita tak siasat," katanya.

Dalam laman twitternya, Ngeh didakwa mempersoal sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga membantah filem The Innocence of Muslims arahan Sam Bacile dari California, yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW hingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan