TIBAI cabar Karpal segera saman Nasharudin
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Karpal Singh dicabar memfailkan segera saman ke atas Nasharudin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden Pas itu tetap dengan pendirian tidak akan memohon maaf kepadanya.Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Pengerusi DAP itu harus mengambil tindakan undang-undang itu dengan segera jika beliau masih mempunyai prinsip, maruah dan integriti.
Menurut beliau, Nasharudin sekali lagi tetap berpegang teguh dengan pendirian beliau yang sedia bertemu dengan Karpal di mahkamah.
''Ini jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin berprinsip tetapi sekarang rakyat mahu lihat apakah Karpal juga berprinsip.
"Kalau Karpal tidak berani mengambil tindakan saman dengan segera, ternyata tokoh veteran DAP itu hanya bermain sandiwara politik bersama Pas dalam isu hukum hudud," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan