Kerajaan perlu memandang serius berhubung dakwaan ada penjawat awam disogok oleh kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi mendapatkan rahsia kerajaan, kata Umno Cheras.

Ketuanya Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, perbuatan itu amat serius kerana jika dibiarkan boleh melumpuhkan jentera pentadbiran kerajaan dan meruntuhkan negara.

cheras umno division chief syed ali alhabshee 061012"Menjual maklumat adalah perbuatan jenayah, ia amat serius dan kemungkinan gerakan sulit ini sudah lama berlaku," katanya sambil menggesa siasatan menyeluruh dilakukan.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah dilaporkan sebagai mendakwa, RM100 juta dana asing dipercayai dibawa masuk sepanjang operasi Suaram di negara ini sejak 1998.

Dakwanya, dana itu antaranya dipercayai digunakan untuk merasuah beberapa kakitangan kerajaan bagi membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan sekutu Suaram serta mendapatkan maklumat dan rahsia kerajaan dalam negara.

NONESyed Ali juga berkata menggesa polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera melakukan siasatan dan mereka yang terbabit perlu dikenakan hukuman yang keras.

"Oleh sebab akta ISA telah dimansuhkan, maka saya berharap mereka yang menerima rasuah dilucutkan kerakyatan serta merta," tegasnya sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai "keji".

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagaimanapun semalam berkata, beliau tidak dapat mengesah atau menafikan laporan yang mendakwa lebih 10 pegawai kerajaan menjadi tali barut sebuah NGO untuk mendedahkan maklumat kerajaan.

Bagaimanapun, tegasnya, siasatan berterusan sentiasa dibuat oleh pihaknya dalam konteks "perkara-perkara yang sensitif kepada kepentingan negara".