SELAMAT DATANG KE BLOG
PERKASA PERAK CYBER TROOPERS

Blog Khas Untuk
Wadah Perjuangan Orang Melayu

Mohon Sokongan Dari Para Pejuang

/// 30 ///

PPCT


Khamis, 13 Disember 2012

PRU13: Jangan perkecil undi Perkasa


KUALA LUMPUR -  Datuk Ibrahim Ali menasihatkan mana-mana pihak khususnya parti politik tidak memperkecilkan peranan ahli-ahli Perkasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu, Presiden Perkasa ini tidak menolak pertubuhan bukan kerajaan ini, yang terdiri daripada sekitar 300,000 ahli akan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah parti dalam PRU13.
"Awak boleh kata saya ‘king maker’ tapi Perkasa mempunyai lebih 300,000 ahli, kalau kita tengok dalam satu daerah ada satu atau dua Parlimen ataupun Dun, kalau di peringkat Dun minimum ahli kita ada 300 hingga 400 ahli atau lebih sampai 1,000 orang, kalau di peringkat Parlimen, ada ahli kita 3,000 hingga 4,000 satu daerah, sudah tentu undi ini sangat penting," kata  beliau kepada Sinar Harian Online semalam sempena Perhimpunan Agung Perkasa hujung minggu ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, "sebab itu saya nak bagi tahu kepada mana-mana pihak, jangan memperkecilkan Perkasa."

"Jangan fikir undi orang lain saja penting, Perkasa tak penting, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir," katanya lagi.
Perkasa ditubuhkan susulan pilihan raya umum empat tahun lalu. Ia akan mengadakan perhimpunan agung tahunan ketiga Sabtu ini.
Dalam pada itu, kata Ibrahim, Perkasa menyokong Barisan Nasional dalam PRU13.
"Pendirian Perkasa ialah kita masih NGO dan kita tidak menyebelahi mana-mana parti politik di negara ini, tetapi kita juga terima hakikat dalam memenuhi agenda Melayu, Bumiputera dan keselamatan negara, kita juga mahu melihat kestabilan politik negara, kita juga berhak mengundi, nak tak nak kita kena tentukan pendirian untuk pilihan raya.
"Walaupun kita tak bertanding sekurang-kurangnya nak pandu ahli-ahli kita kepada siapa kita nak memilih," kata beliau yang mengesahkan pihaknya memutuskan untuk menyokong BN.
Katanya, ia keputusan dicapai pada sesi pemukiman Perkasa pertengahan tahun ini.

Tan Sri Sanusi Junid : Siapa Perdana Menteri ?



Penulisan berikut ialah luahan hati yang dikeluarkan mantan Menteri Kabinet Tan Sri Sanusi Junid orang lama di dalam Pentas Politik Malaysia yang sudah masak dengan asam garamnya, mari kita soroti penulisan beliau yang dibuat dalam bentuk kronologi bersama-sama - MyMassa

Dalam muktamar PAS yang baru lalu kita mendengar cadangan pihak ulama supaya Haji Hadi Awang, Presiden PAS, menjadi Perdana Menteri seandainya Barisan Nasional kecundang dalam Pilihanraya Umum ke 13. 

2. Sebenarnya, inilah masanya yang paling sesuai untuk sesiapa saja yang ingin menjadi Perdana Menteri berangan-angan atau menghayalkan diri untuk syok sendiri. DAP DAN PKR MAHU ANWAR 

 3. Melentinglah DAP yang mahukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana mereka merasakan belum sampai masanya untuk Karpal Singh atau Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri. 
4. Karpal mungkin lebih berhasrat kerana melihat walaupun golongan Punjabi di India adalah dari kalangan minoriti tetapi yang menjadi Perdana Menteri di India ialah Manmohan Singh. Bezanya hanyalah serban. 

 5. Parti Pakatan Rakyat tentulah memilih penasihatnya. Si penasihat pula dikatakan tersenyum dan tidak mahu membuat komennya apabila ditanya oleh pemberita. Kawan-kawan penasihat di dalam barisan pimpinan PAS pula menyatakan Tuan Haji Hadi Awang tidak berminat menjadi Perdana Menteri. Bukan Haji Hadi yang kata tetapi tokoh PAS yang tidak mahu ketuanya jadi Perdana Menteri. DATO’ NIK AZIZ BIN NIK MAT BAGAIMANA? 

 6. Sudah tentu apabila penasihat PR tersenyum dan tidak mahu membuat komen bukanlah bermakna dia tak mahukan jawatan Perdana Menteri. Sudah lama dia mimpikan jawatan itu. Kawan-kawan yang membuat komen dalam blog ini juga begitu ghairah supaya Pak Sheikh jadi Perdana Menteri. Budak Kolej lagi-lagi la. Tetapi, Haji Hadi Awang juga belum tentu menolak apabila beliau betul-betul ditawarkan. Bagaimana dengan Mursyidul Am PAS? Mungkin dia pun mahu juga jawatan itu, walaupun, mengikut kata Mursyidul Am TIBAI, untuk sekejap masa sahaja. DATO’ ONN BIN JAAFAR 

7. Orang yang pertama dalam sejarah Melayu yang ingin jadi Perdana Menteri ialah Dato’ Onn Jaafar. Itulah sebabnya beliau menubuhkan UMNO, menentang Malayan Union dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Tetapi beliau tak jadi. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

8. Tunku Abdul Rahman telah ditawarkan untuk memimpin UMNO oleh Tun Abdul Razak yang bertemu dengannya waktu di London. Tengku tidak merancang untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi apabila beliau menang untuk jawatan Presiden UMNO, dan Malaya mencapai kemerdekaan Tengku telah menjadi Perdana Menteri. 

9. Jelaslah yang hendak jadi Perdana Menteri tidak jadi dan yang tidak terfikir untuk menjadi Perdana Menteri telah jadi. Allah s.w.t. adalah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan Menentukan. 

 10. Malahan, dalam sejarah terdekat, yang sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri pun telah tidak menjadi Perdana Menteri atas sebab-sebab yang berbeza. 

11. Apabila sudah jadi Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman berasa gembira sehingga beliau menyatakan, di akhir-akhir pemerintahannya, bahawa beliau adalah Perdana Menteri yang paling bahagia atau gembira di dunia sebagaimana katanya ‘ I am the happiest Prime Minister in the world’. TUN ABDUL RAZAK BIN DATO’ HUSSEIN 

12. Timbalan Perdana Menteri di waktu Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak. Tun Abdul Razak tidak akan menjadi Perdana Menteri jika Tunku Abdul Rahman tidak mengundurkan diri. Tun Abdul Razak telah meninggal dunia lebih dahulu daripada Tunku dan jika terpaksa menunggu Tunku kembali ke rahmatullah untuk Tun Razak mengambil tempatnya sudah tentu Tun Abdul Razak tidak dapat merasakan jadi Perdana Menteri. 

13. Tetapi dalam perancangan Allah s.w.t. Tun Abdul Razak telah ditetapkanNYA akan menjadi Perdana Menteri. 

14. Maka berlakulah peristiwa 13 Mei, 1969 diikuti dengan sampainya giliran DYMM Tuanku Abdul Halim menaiki takhta Yang Di Pertuan Agung sebagai Yang Di Pertuan Agung Malaysia yang ke 5. Tidak manislah jika Tunku Abdul Rahman, sebagai Perdana Menteri dan bapa saudara kepada KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim akan mengadap dan mencium tangan anak saudaranya, waktu merafak sembah menerima jawatan. 

 15. Kewujudan tokoh-tokoh muda cauvinis China, seperti Lim Kit Siang dari DAP, hanyalah untuk mempergolakkan lagi peritiwa 13 Mei. 

16. Oleh kerana populariti Tunku Abdul Rahman juga sudah menurun, berikutan peristiwa 13 Mei dan kerana beberapa keputusan yang dibuat olehnya selepas itu, maka beliau meletak jawatan untuk diganti oleh Tun Abdul Razak. Memang begitu perencanaan Allah s.w.t.. TUN DR. ISMAIL BIN DATO’ ABDUL RAHMAN 

17. Tun Dr. Ismail telah dipilih oleh Tun Abdul Razak untuk menjadi Timbalannya. Walaupun Tun Dr. Ismail pernah menentang Tun Abdul Razak dalam satu pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden tetapi Tun Abdul Razak tidak berdendam dan telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai Timbalan dengan harapan supaya Tun Dr. Ismail dapat menggantinya untuk menjadi Perdana Menteri kerana pada waktu itu Tun Abdul Razak telahpun mengetahui mengenai penyakitnya. 

18. Tun Dr. Ismail juga dikatakan sakit sehingga telah terpaksa berhenti dari menjadi Menteri apabila Tunku Abdul Rahman memecat keluar Singapura dari berada dalam Malaysia. 

 19. Tun Abdul Razak pasti tahu bahawa Tun Dr. Ismail berhenti, dari berkhidmat dalam kabinet Tunku Abdul Rahman, bukan kerana sakit tetapi ‘sakit hati’ kerana tidak setuju dengan pemecatan Singapura dari Malaysia dan, katanya, Tun Dr. Ismail lebih cenderung untuk menangkap Lee Kuan Yew jika beliau didapati menjadi ancaman kepada kestabilan dan keamanan politik negara. 

20. Tun Dr. Ismail telah menerima lantikan Tun Abdul Razak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana beliau cukup sihat. 

 21. Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang diberi tugas seperti Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail, walaupun pernah menentang Tun Abdul Razak di satu masa dahulu, tidak mungkin dapat mencabar Presiden UMNO, dan merampas jawatannya kerana jawatan Menteri Dalam Negeri, sebagaimana Tun Ghazali Shafie, walau bagaimana bijak sekalipun tidak mungkin menjadi popular di dalam parti kerana jawatan itu tidak berkaitan dengan pembahagian sebarang rezeki untuk pemimpin-pemimpin atau perwakilan parti yang hadir dalam mesyuarat agung. 

 22. Walau bagaimanapun, takdir Allah s.w.t. Tun Abdul Razak, yang sakit, telah tidak sempat menyerah kuasa Perdana Menteri kepada Tun Dr. Ismail kerana Tun Dr. Ismail, walaupun sihat waktu dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, telah kembali ke rahmatullah terlebih dahulu dari Tun Abdul Razak. TUN HUSSEIN BIN DATO’ ONN 

23. Di luar dugaan ahli-ahli UMNO Tun Abdul Razak telah memilih Tun Hussein Onn untuk menjadi Timbalannya menggantikan Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. 

 24. Tun Hussein Onn, kalau tak salah saya adalah lebih tua dari Tun Abdul Razak, dan beliau pernah memberitahu kepada saya bahawa beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tun Hussein telah menikah dengan Tun Suhaila iaitu kakak kepada Tun Hajah Rahah isteri Tun Abdul Razak. Pada adatnya yang tualah pergi dahulu. Jika Tun Hussein kembali ke rahmatullah lebih awal dari Tun Abdul Razak yang lebih muda darinya maka beliau tidak akan jadi Perdana Menteri. 

25. Kuasa Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui dan Menentukan, lantaran kembalinya ke rahmatullah Tun Abdul Razak, maka Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. PILIH SATU DARI TIGA NAIB PRESIDEN 

26. Siapakah yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah Tun Hussein Onn. Sudah tentu pilihannya ialah dari kalangan tiga Naib Presiden. Katanya, ada rancangan oleh Tun Hussein Onn untuk memilih Tun Ghazali Shafie, yang pintar fikirannya, tetapi tidak popular, untuk menjadi Timbalannya; apatahlagi apabila tiga orang Naib Presiden UMNO telah memberi ultimatum meminta, demi kestabilan dan menghormati parti maka pilihan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri perlulah dibuat dari siapa saja dari kalangan mereka bertiga.

27. Yang paling popular dari antara tiga orang Naib Presiden ialah Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah yang mendapat undi tertinggi dalam pilihan untuk jawatan Naib Presiden UMNO, dan beliau dianggap Naib Presiden yang paling senior. Tetapi Tun Hussein, yang agak konservatif dan bapa kepada anak-anak gadis yang jelita dan berpendidikan, tidak berminat melantik Tengku Razaleigh. Mungkin Tun Hussein tidak mahu seorang anak teruna yang belum berkeluarga untuk menjadi Timbalannya. 

28. Tun Hussein juga tidak tertarik kepada Tun Ghafar Baba sebagai Naib Presiden yang kedua paling senior dan popular di dalam UMNO. Mungkin Tun Hussein terkenang kisah Tun Ghafar yang telah menyokong Tunku Abdul Rahman di waktu Tunku menentang bapanya Dato’ Onn Jaafar, dalam pertandingan untuk jawatan Presiden UMNO. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD 

29. Jadi Tun Mahathirlah yang menjadi pilihan yang ditentukan oleh Allah s.w.t.. Menteri saya di Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf, seorang sahabat Tun Hussein Onn, sejak sama-sama mempelajari undang-undang telah membantu Tun Hussein Onn dalam membuat keputusan memilih Tun Dr. Mahathir. Tan Sri Abdul Kadir Yusuf telah berkhidmat di Kedah sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri sementara isterinya, juga dari Johor, cergas dalam pergerakan wanita UMNO dan mengenali Tun Dr. Mahathir dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah. 

 30. Apabila Tun Hussein Onn mengidap penyakit jantung beliau telah menjalani satu pembedahan. Saya difahamkan, oleh kerana saya sendiri mempunyai masalah sakit jantung, bahawa setelah selesai pembedahan seseorang pesakit itu agak ‘moody’ dan ‘temperamental’ untuk beberapa bulan. Dalam waktu itu seseorang pesakit jantung tidak boleh membuat keputusan tanpa menyesal kemudiannya. Entah kenapa, waktu cuti sakit, Tun Hussein Onn telah meletak jawatan dari menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya tindakan Tun Hussein ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk Tun Dr. Mahathir menggantinya. PRESIDEN PAS MENINGGAL DUNIA SETELAH MENJADI AHLI UMNO 

31. Adalah ironik jika difikirkan bahawa dari 3 orang Perdana Menteri Malaysia, dari UMNO, yang telah meninggal waktu masih menjadi ahli UMNO hanyalah Tun Abdul Razak sementara yang dua lagi tidak menjadi ahli UMNO di waktu meninggal dunia. Sedangkan pemimpin tertinggi parti PAS, Datuk Asri Hj. Muda, yang di waktu beliau menjadi Presiden PAS telah membenarkan partinya mengkafirkan UMNO telah menjadi ahli UMNO dan seterusnya kekal sebagai ahli UMNO sehingga beliau meninggal dunia. Ini adalah bukti yang jelas bahawa pengkafiran UMNO adalah satu permainan politik. Adalah tidak mungkin bagi Dato’ Asri mahu menjadi ahli UMNO dan meninggal sebagai ahli, jika menjadi ahli UMNO diyakininya sebagai menjadi kafir. Allah s.w.t. jualah yang Maha Mengetahui dan Menentukan. 

32. Memandang kepada kejadian ini adalah tidak mustahil bagi Mursyidul Am PAS memilih untuk menjadi ahli UMNO supaya ‘sama-sama murtad’ dengan ahli-ahli UMNO yang lain, sebelum beliau kembali ke rahmatullah. 

 33. Bila Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri ramai ahli-ahli UMNO menjangkakan beliau akan melantik Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah sebagai Timbalan Perdana Menterinya. TUN MUSA HITAM 

34. Sebaliknya Tun Dr. Mahathir telah tidak membuat pilihan sendiri dan membenarkan UMNO menentukan siapa pilihan mereka untuk Timbalan Presiden UMNO yang akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau. Oleh kerana para perwakilan UMNO mengetahui bahawa Tun Dr. Mahathir lebih meminati Tun Musa Hitam untuk menjadi Timbalannya maka Tun Musa telah mengalahkan Tengku Tan Sri Razaleigh dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 16 Julai, 1981. 

35. Kata orang yang mengetahui, kononnya Tun Dr. Mahathir condong kepada Tun Musa Hitam kerana beliau menjangka Tun Musa boleh menjadi Timbalan yang lebih setia dan tidak akan mengancam kedudukannya dan beliau dapat menjalankan tugas Perdana Menteri dengan aman. Tan Sri Tengku Razaleigh kelihatan tersangat ‘ambitious’. Ternyata anggapan ini tidak tepat.

36. Walaupun kalah, oleh kerana Tengku Razaleigh mendapat 517 undi, iaitu satu jumlah yang lumayan jika dibandingkan dengan Tun Musa yang mendapat 722 undi, maka demi perpaduan UMNO Tengku Razaleigh telah terus diberi tempat di dalam kabinet Tun Dr. Mahathir. 

37. Semua pihak menjangkakan Tun Musa akan dipersiapkan untuk mengganti Tun Dr. Mahathir apabila Tun Dr. Mahathir mengundur diri dari jawatan Perdana Menteri. Tetapi Tun Musa tidak sabar dan beliau merasakan tidak dapat bertugas dengan selesa dan berkesan selagi kemenangannya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, pada tahun 1981, adalah dengan sokongan Tun Dr. Mahathir dan bukan kerana beliau dianggap lebih kuat dan berkemampuan jika dibandingkan dengan saingannya Tengku Razaleigh Hamzah. 

38. Tun Musa merasa resah dan gelisah apabila Tun Dr. Mahathir mengekalkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Menteri Kewangan setelah dikalahkan dalam pertandingan dengan Tun Musa. Tun Dr. Mahathir merasakan kemampuan Tengku Razaleigh dalam menjalankan tugasnya perlu dihormati. Tun Musa sebaliknya bimbang akan bertambahnya populariti Tengku Razaleigh dalam melaksanakan tugas kementeriannya. Tun Musa menjangkakan Tengku Razaleigh akan bertanding lagi dengannya dalam perhimpunan agung yang ada pemilihan berikutnya. 

39. Dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1984 Tun Musa telah sekali lagi mengalahkan Tengku Razaleigh dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tun Dr. Mahathir memindahkan Tengku Razaleigh ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dari Kementerian Kewangan. Tun Musa Hitam kecewa lagi. 
40. Atas nasihat beberapa orang kawannya Tun Musa telah merancang untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sebagai Timbalan Presiden UMNO. 

 41. Mengikut analisa, cara Tun Musa Hitam meletak jawatan adalah terancang sekali. Beliau tidak menulis surat perletakan jawatan yang berkuat-kuasa dengan serta merta. Sebaliknya beliau memberi notis selama 1 tahun dari 28 Februari, 1985. Perletakan jawatan Tun Musa Hitam berkuatkuasa pada 28 Februari, 1986. Tun Dr. Mahathir telah merahsiakan kewujudan surat ini sepanjang satu tahun. 

42. Mengikut maklumat dari kalangan sahabat Tun Musa, setelah surat perletakan jawatan itu disampaikan, Tun Dr. Mahathir sudah pasti tidak lagi memihak kepada Tun Musa dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan berikutnya pada 24 April, 1987, dan kemenangan Tun Musa, yang dijangkakannnya, dalam Perhimpunan Agung berikutnya itu tidak boleh lagi dikatakan kerana sokongan Tun Dr. Mahathir. RANCANGAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN UMNO KHAS 

43. Antara 28 Februari, 1986 iaitu tarikh berkuat-kuasa surat perletakan jawatan Tun Musa dan tarikh Perhimpunan Agung UMNO pada 24 April, 1987 kawan-kawan Tun Musa telah bekerja kuat untuk mendapatkan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi untuk mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas untuk mendesak Tun Musa menarik balik surat perletakan jawatannya sebagai Timbalan Perdana dan Timbalan Presiden UMNO dan meminta Tun Dr. Mahathir menerima penarikan perletakan jawatan itu. 

44. Setelah mengetahui bahawa Tun Dr. Mahathir tidak mungkin akan terus memegang jawatan Perdana Menteri jika Perhimpunan Agung Perwakilan UMNO Khas diadakan. Perhimpunan sedemikian tidak memperhitungkan kemudahan untuk Perdana Menteri menjalankan tugas tanpa sokongan Timbalan Perdana Menteri yang sehaluan dengannya; apatahlagi jika Timbalan Perdana Menteri dikembalikan ke dalam jawatannya tanpa rasa terima kasih kepada Perdana Menterinya, kerana diletak kembali ke jawatan sebagai menyetujui protes yang membawa kepada perletakan jawatan itu. 

45. Staf ibu-pejabat UMNO telah bekerja kuat untuk mempertahankan Tun Dr. Mahathir. 

46. Kawan-kawan Tun Musa gagal mempengaruhi Majlis Tertinggi untuk membuat keputusan sedemikian. Keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi pada 28 Februari, 1986 telah menolak cadangan mengadakan Perhimpunan Agung Perwakilan UMNO Khas dan hanya bersetuju supaya satu rombongan UMNO Johor bertolak ke London untuk memujuk Tun Musa Hitam supaya menarik balik perletakan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO tetapi penerimaan perletakan jawatan atau penerimaan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri dan Tun Dr. Mahathir tidak berhasrat untuk memujuk Tun Musa untuk menarik balik surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. TUN GHAFAR BABA 

 47. Tun Dr. Mahathir pada mulanya ingin menunggu sehingga Mesyuarat Agung UMNO berikutnya, sekitar hanya 1 tahun 2 bulan lagi, pada 24 April, 1987, untuk menentukan siapa yang akan menjadi Timbalan Presiden untuk menggantikan Tun Musa. Tun Mahathir tidak berhasrat untuk melantik pengganti Tun Musa dengan serta-merta. Tun Dr. Mahathir yakin Tun Musa, yang didapati tidak sebulu dengan Tun Dr. Mahathir akan ditewaskan oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. 

48. Tetapi, oleh kerana adanya rancangan usaha yang berterusan untuk mengembalikan Tun Musa melalui paksaan dari keputusan Perhimpunan Agung Perwakilan UMNO Khas, maka Tun Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk melantik Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Mei, 1986. 

49. Pada waktu itulah ide Team A dan Team B telah diketengahkan oleh media. Tun Musa yang dulunya bersaing sengit dengan Tan Sri Tengku Razaleigh dalam dua pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya kecewa apabila Tengku Razaleigh, selepas dua kali dikalahkan oleh Tun Musa, tetapi terus dilantik menjadi Menteri, telah sanggup bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dan menyokong Tengku Razaleigh untuk bertanding dengan Tun Dr. Mahathir bagi jawatan Presiden UMNO. 

50. Adalah tidak lojik bagi penganalisa politik untuk menganggap bahawa kebencian Tun Musa terhadap Tun Dr. Mahathir telah membuat beliau sanggup menyokong Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan untuk jawatan Presiden UMNO untuk Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, jika menang, menjadi Perdana Menteri dan Tun Musa pula, jika menang dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO akan menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Jika Tun Musa sanggup menjadi timbalan kepada Tan Sri Tengku Razaleigh sudah tentu dia tidak akan menolak perlantikan Tan Sri Tengku Razaleigh menjadi Menteri setelah beliau kalahkan dalam dua pertandingan uuntuk jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1981 dan 1984. 

51. Penyokong Tun Musa berpendapat bahawa pertandingan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1987 akan berakhir dengan kekalahan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden dan kekalahan Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden. Yang menang ialah Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Tun Musa sebagai Timbalan Presiden. 

52. Keadaan sedemikian sudah pasti akan berakhir dengan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Tun Musa Hitam mengambil tempatnya. 

53. Dengan kuasa Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui dan Menentukan Tun Ghafar telah mengalahkan Tun Musa dan Tengku Razaleigh telah dikalahkan oleh Tun Dr. Mahathir. DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM 

 54. Mengikut Tan Sri Isa Samad bapa saudaranya, Tun Ghafar Baba, telah bersetuju dengan usaha supaya beliau tidak ditandingi oleh Dato’ Seri Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan membuat satu surat perjanjian untuk melantik Dato’ Seri Anwar, dan tidak orang lain, menjadi Timbalannya jika beliau menjadi Perdana Menteri. 

 55. Tawaran ini dibuat kerana ada berita angin yang menyatakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk bertanding dengan Tun Ghafar Baba kerana Dato’ Seri Anwar takut jika Tun Ghafar Baba jadi Perdana Menteri beliau tidak akan melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalannya. 

56. Mengikut sumber yang boleh dipercayai Dato’ Seri Anwar tidak melayani tawaran ini. Kononnya beliau takut kawan-kawannya akan memarahi beliau jika beliau menarik diri. 

57. Jawapan Dato’ Seri Anwar ini juga adalah sama seperti jawapannya apabila penyokong Dato’ Haji Shuhaimi Kamaruddin, selaku Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), meminta beliau menarik diri dari dicalonkan untuk jawatan MBM itu. Dato’ Seri Anwar juga berkata dia takut kawan-kawannya akan marah jika dia tarik diri. 

 58. Melihat kepada keadaan semasa, dan memandang kepada amalan politik wang yang berjalan rancak, Tun Ghafar kemudiannya telah meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 15 Oktober, 1993. Beliau, walaupun seorang pejuang kemerdekaan, telah kelihatan berjalan dengan beg kertas tanpa sebarang escort setelah hilang jawatan. 

59. Oleh kerana tidak cukup pencalonan untuk menjadi calon Timbalan Presiden UMNO Tun Ghafar Baba, pada 4 November 1993, telah meninggalkan jawatan Timbalan Presiden UMNO untuk dimenangi oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim tanpa bertanding. 

60. Jika dipandang dari sudut takdir maka Dato’ Seri Anwar tidak dapat disalahkan kerana bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Jelaslah dalam perencanaan Allah s.w.t. tidak ada nama-nama Tun Musa dan Tun Ghafar dalam senarai untuk menjadi Perdana Menteri.

61. Dato’ Seri Anwar adalah anak emas Tun Dr. Mahathir yang ditatang olehnya sehingga sampai ke tahap Timbalan Perdana Menteri. 

62. Tidak lama setelah menjadi ahli UMNO Dato’ Seri Anwar telah mengalahkan Dato’ Haji Shuhaimi dalam pertandingan untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, itu pun kerana Dato’ Seri Anwar takut kawan-kawannya akan marah jika dia manarik diri dari menentang orang tua, kawan bapanya, Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Akhirnya Dato’ Seri Anwar mengganti Tun Ghafar untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. 

63. Walaupun agak sedih jika difikirkan, kerana amalan politik wang, dan yang dikalahkan oleh Dato’ Seri Anwar ialah seorang tokoh lama dan berjasa, yang tidak mungkin dapat lama berkhidmat sebelum ianya berundur diri dari politik, semua kawan-kawan Dato’ Seri Anwar yang menjadi ahli dan bekas ahli ABIM merasa gembira kerana barisan kepimpinan negara sudah dipersiapkan dari tokoh yang pintar bercakap dan berlandaskan ugama. CAKAP TAK SERUPA BIKIN 

 64. Kerana imej agamanya, dan kepetahannya dalam berbicara, Dato’ Seri Anwar telah cepat meningkat hingga ke peringkat Menteri. Beliau telah dicadangkan oleh Tun Daim Zainuddin untuk menggantinya sebagai Menteri Kewangan apabila Tun Daim meletak jawatan. Tujuan Tun Daim, yang dipersetujui oleh Tun Dr. Mahathir, ialah untuk mendedahkan Dato’ Seri Anwar kepada dunia ekonomi dan kewangan kerana beliau tidak berpengalaman dan berpendidikan dalam bidang itu. 

65. Malangnya dalam masa yang singkat Dato’ Seri Anwar terbukti lebih pandai bercakap dari bekerja dan lebih banyak menggunakan ugama untuk politik dan bukan mempengaruhi politik dengan ugamanya. Dari sebuah pergerakan politik yang bersifat nasionalis Pergerakan Pemuda UMNO telah berubah cenderung untuk berwajah agama. Agama kemudiannya dikalahkan oleh wang ringgit dan kekayaan.

66. Jika dalam perencanaan Allah s.w.t. nama Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak ada sebagai Perdana Menteri maka berlakulah berbagai angkara dan perkara yang menutup peluang naiknya. 

67. Dato’ Seri Anwar telah dipecat dari Jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang paling menyayanginya, pada 2 September, 1998 atas sebab-sebab yang sudah diketahui umum. 

 68. Waktu Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi hanyalah seorang Pengarah Belia di Kementerian Belia dan Sukan. Apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pergerakan Pemua UMNO Malaysia timbalannya ialah Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. TUN ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI 

69. Dalam ketentuan Allah s.w.t. Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah tokoh yang dipilih untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau anak ulama, berkelulusan ugama, baik wataknya dan bersih dalam rekod pentadbirannya. Walaupun beliau pernah menyertai Team B, bersama Tengku Razaleigh dan Tun Musa di waktu percubaan untuk menjatuhkan Tun Mahathir, beliau telah dipilih oleh Tun Dr. Mahathir untuk mengganti tempat Dato’ Seri Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

 70. Harapan rakyat terhadap kepimpinan Tun Abdullah begitu tinggi sehingga pencapaian Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 adalah antara yang paling cemerlang sejak merdeka. 

 71. Waktu melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tun Dr. Mahathir sedar dan mengetahui bahawa ilmu yang ada pada Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dalam bidang ekonomi, dan pendedahan politik yang telah dilaluinya, adalah lebih relevan daripada Tun Abdullah. 

72. Tun Dr. Mahathir telah memilih Tun Abdullah kerana beliau lebih tua dan berlatarbelakang ugama. Apabila ditanya ternyata Tun Dr. Mahathir mengetahui mengenai kemampuan Tun Abdullah untuk memimpin negara beliau yakin atas cadangannya supaya Dato’ Seri Najib dilantik sebagai Timbalan maka sebarang kekurangan dapat dipenuhi; lebih-lebih lagi Tun Dr. Mahathir berkesanggupan untuk membantu Tun Abdullah sebagai penasihat. 

 73. Malangnya Tun Abdullah mempunyai penasihatnya sendiri yang terdiri dari anak-anak muda yang tidak berpengalaman dan tokoh-tokoh yang tidak sehaluan dengan Tun Dr. Mahathir. 

74. Akibatnya ialah prestasi Tsunami politik bagi Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008. 

75. Tun Dr. Mahathir ternyata menyesal atas kesilapannya. Ada pihak yang berfikir bahawa usaha Tun Dr. Mahathir supaya Tun Abdullah lebih cepat mengundurkan diri adalah satu tindakan untuk membetulkan kesilapannya sendiri dan Dato’ Seri Najib, yang sepatutnya dilantik mengganti Dato’ Seri Anwar, telah menerima sesuatu yang menjadi miliknya. 

76. Walau apapun alasannya yang nyata ialah sementara Allah s.w.t. telah menentukan Tun Abdullah akan menjadi Perdana Menteri tetapi tempoh Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri telah ditentukan singkat oleh Allah s.w.t.. DATO’ SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK 

77. Dengan berhentinya Tun Abdullah maka giliran Dato’ Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri telah tiba. 

78. Kini yang berminat, dengan jelas, untuk menduduki tempat Dato’ Seri Najib ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

79. Rakyat tidak perlu berfikir panjang mengenai sikap dan cara Dato’ Seri Anwar. Beliau memang mempunyai jiwa pembangkang yang kental. Dia menentang Tunku Abdul Rahman Putra Perdana Menteri yang Pertama sehingga diganti oleh Tun Abdul Razak; lepas itu beliau menentang Tun Abdul Razak sehingga Tun Abdul Razak meninggal dunia dan diganti oleh Tun Hussein Onn. Giliran Tun Hussein pula untuk ditentang oleh Dato’ Seri Anwar sehinggalah Tun Dr. Mahathir mengganti Tun Hussein Onn. Tun Dr. Mahathir yang cuba mendidiknya sebagai pengganti juga ditentang olehnya.

80. Parti Dato’ Seri Anwar hampir lenyap dalam Pilihanraya Umum ke 11. 

 81. Lepas itu Dato’ Seri Anwar menentang Tun Abdullah dan kerana salah-langkah Tun Abdullah sendiri Barisan Nasional telah hampir punah dalam Pilihanraya Umum ke 12. Kini giliran Dato’ Seri Najib, bekas Timbalan Ketua Pemuda UMNO di waktu Dato’ Seri Anwar menjadi ketuanya pula yang akan ditentang oleh Dato’ Seri Anwar. 

82. Yang susah difahami ialah bagaimana Dato’ Seri Anwar juga melatih anaknya untuk menjadi pembangkang sebagaimana beliau menjadi pembangkang sepanjang hayatnya. 

83. Nampaknya, apabila ternyata nanti Dato’ Seri Anwar, yang pernah menentang Tun Abdul Razak, bapa Dato’ Seri Najib, dikalahkan oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh anak Tun Abdul Razak, maka anak Dato’ Seri Anwar pulalah yang akan meneruskan perjuangan menentang anak Tun Abdul Razak pula. Barulah bapa lawan bapa anak juga lawan anak apabila anak bapa mengalahkan bapa anak. 

84. Pilihanraya Umum ke 13 adalah pilihanraya umum yang pertama yang akan dihadapi oleh Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. 

85. Strategi Barisan Nasional ialah mengingatkan jasanya yang mengekalkan keamanan negara dan merancang dan membangun ekonomi negara. Prestasi Malaysia yang dikagumkan, dan ingin dicontohi oleh dunia Islam, dunia ketiga dan negara-negara membangun adalah satu pencapaian yang tidak dapat dinafikan. Barisan Nasional boleh membuat janji kerana janji yang lalu telahpun didapati. 

86. Banyak negara yang sudah lama atau lebih lama Merdeka tetapi tidak mencapai prestasi seperti Malaysia. 

87. Setelah memerintah selama 55 tahun, dan sebagai sebuah negara yang dipimpin oleh manusia yang tidak maksum, dengan berbagai kelemahan, sudah tentu ada kesilapan yang belaku di sana-sini. Jika ada satu atau dua kesilapan dalam setahun maka berertilah akan ada antara 55 hingga 110 kesilapan yang dapat disenaraikan. Adalah menjadi tugas pembangkang untuk mengingat dan membesarkan kesalahan-kesalahan ini dengan harapan pengundi dapat melupakan berbagai jasa yang ditaburkan setiap tahun oleh pihak kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional. 

88. Sepasang suami isteri yang pernah bercinta yang penuh gelora di waktu muda pun boleh berpisah jika kesalahan yang kecil dibesarkan dan semua budi antara mereka dilupakan. 

89. Ada yang mengharapkan pangkat dalam jabatan kerajaan tetapi gagal memperolehinya; ada yang mengharapkan kontrak dari kerajaan tetapi tidak mendapatinya, mengharapkan pengiktarafan atas jasa peribadinya yang dilupakan dan lain-lain lagi adalah penyebab wujudnya banyak tokoh atau cerdik pandai yang menamakan diri sebagai ‘anonymous’ untuk menghentam keromo siapa saja yang ada di atas. 

90. Cina dan India dapat lesen dan peluang untuk jadi jutawan boleh menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu; jika Melayu dapat pun mereka ini akan marah juga, kerana yang dapat bukan mereka.

91. Semoga kita tidak semuanya lupa bahawa rezeki itu di tangan Allah s.w.t.. Segala kekuatan, kekuasaan dan kekayaan yang diberi kepada kita hanyalah sebagai pemegang amanah kerana semua itu datangnya dari Allah s.w.t.. 

92. Sementara manusia berusaha dengan bermacam-macam cara untuk berharta dan berkuasa hanya Allah sahajalah yang menentukan. 


Khamis, 6 Disember 2012


semakin nyata dan hampir namun Melayu masih berpecah-belah akibat fahaman politik yang berbeza. Ada Melayu dalam UMNO,PAS dan PKR serta tidak terkecuali Melayu dalam DAP. Dari sudut demokrasi sememangnya sihat namun dari aspek ikatan Melayu ternyata berpecah, rapuh dan mudah dieksploitasi oleh bukan Melayu.


Paparan ini tidaklah bertujuan untuk memperkecilkan bangsa bukan Melayu tetapi hanya sekadar mahu melihat Melayu bersatu dalam ikatan yang jitu agar menjadi bangsa yang kuat di bumi Malaysia yang tercinta. Resolusinya ada tetapi sukar untuk menyatukan semua Melayu...


Melayu dalam parti politik sibuk dengan pelbagai isu, Melayu yang 'atas pagar' pula tiada landasan kukuh untuk memperjuangkan nasib dan masa depan Melayu demi membela bangsanya. Yang amat mengecewakan, ada kelompok yang menggunakan agama untuk kepentingan politik dan peribadi mereka.


Melihat senario ini, wujud rasa bimbang melihat anak-anak dan cucu-cicit Melayu. Bagaimanakah agaknya masa depan mereka? Sememangnya agak sukar untuk diramalkan tetapi jika Melayu kini masih terus berpecah...agak jelaslah masa depan anak dan cucu-cicit Melayu tiada sebarang jaminan.


Siapa yang perlu bertanggungjawab jika Melayu melarat di bumi sendiri.... Renungkanlah wahai insan yang mengaku Melayu!! Parti manakah jika berkuasa dan memerintah kelak mempunyai kemampuan untuk membela nasib dan masa depan Melayu? Adakah PAS? PKR? DAP? atau UMNO?


Rujuklah kepada lipatan sejarah sebagai panduan. Bandingkanlah Melayu dulu dan sekarang. Parti manakah yang lebih berjasa, jelas dan terbukti kemampuannya. Tepuk dada tanya selera....apa jua keputusan anda nanti pada PRU 13, utamakanlah kepentingan Melayu dan Islam kerana Melayu-Islam hari inilah yang bakal mencorak Melayu-Islam esok. Demi agama Islam, fahaman politik hendaklah diketepikan kerana setiap pengorbanan untuk memartabatkan Islam akan mendapat balasan ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT jua. Fikir-fikirkan... [ SUMBER : GOSSIP RAKYAT ]
Silakan Komen : Jangan Nakal-Nakal Sangat
Nakal Lain-lain...
MELAYU MESTI BACA : Wajarkah PM Bukan Melayu???
PANAS! Melayu Selepas 43 Tahun Peristiwa 13 Mei
Apa Nak Jadi Dengan Anak Melayu Ni...???!!!
Spain VS Italy, DS Najib Sokong Mana Pagi Ni?
Najib Dan Rasuah
LinkWithin
Kelantan Pun Tak Lepas, Lagi Mahu Janji Syurga!
Apa Cerita Lu Nik Aziz...???
Sejak 22 tahun Pas memerintah Kelantan pelbagai aduan daripada mulut terkeluar terhadap kepincangan pentadbiran parti yang memperjuangkan negara berkebajikan itu.
Antara isu yang menjadi kemarahan rakyat ialah isu bekalan air bersih di seluruh negeri Kelantan, projek mega yang gagal dilaksanakan seperti projek pembangunan Lembah Sireh, Pasar baru Pasir Puteh, Stadium baru di Pasir Puteh, Jambatan Palekbang-Kampung Cina dan pembinaan masjid di Kelantan... [ BACA SETERUSNYA DI BLOG DOUBLE-Y ]

SERBAN BESAR SEBAKUL... JANJI-JANJI PUN BERBAKUL-BAKUL...??? SANGAT BERBEZA DENGAN KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL...

JANJI DITEPATI
RAKYAT DIDAHULUKAN

Silakan Komen : Jangan Nakal-Nakal Sangat
Aaron Aziz Dan Syamsul Yusof Bertekak Di Facebook
( Klik Untuk Tumbesaran Imej )

Silakan Komen : Jangan Nakal-Nakal Sangat
30 Kata-Kata Hikmat Daripada Nik Aziz

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

Silakan Komen : Jangan Nakal-Nakal Sangat
Parti Politik Paling Kelakar
( Sekadar Gambar Hiasan )

1. PADA MULANYA… Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)
KEMUDIANNYA… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.

2. PADA MULANYA… Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
KEMUDIANNYA… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.

3. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”
KEMUDIANNYA… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4. PADA MULANYA… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”
KEMUDIANNYA… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

5. PADA MULANYA… PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.
KEMUDIANNYA… Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir. Ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

6. PADA MULANYA… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”
KEMUDIANNYA… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7. PADA MULANYA… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8. PADA MULANYA… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”
KEMUDIANNYA… PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9. PADA MULANYA… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.
KEMUDIANNYA… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

10. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.
KEMUDIANNYA… PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

11. PADA MULANYA… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.
KEMUDIANNYA… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12. PADA MULANYA… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
KEMUDIANNYA… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13. PADA MULANYA… Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.
KEMUDIANNYA..PAS perintah Kelantan dah 21 tahun, sekarang Kedah, Perak dan Selango dan 3 tahunr, mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara
KEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”
KEMUDIANNYA..PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”
KEMUDIANNYA..PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar Abdul Aziz.

17. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”
KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19. PADA MULANYA…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
KEMUDIANNYA..PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

20. PADA MULANYA…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam
KEMUDIANNYA..PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

21. PADA MULANYA…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
KEMUDIANNYA..PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

Khamis, 15 November 2012

PERKASA Buat Laporan Polis Terhadap Irene Fanrnandez


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia PERKASA Pahang hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi Tenaganita Irene Fernandez dan organisasi amal antarabangsa, Equal Right Trust ERT yang didakwa mencadangkan hak Bumiputera di negara ini dimansuhkan.

Ketua Penerangan PERKASA Pahang, Muhamad Faiz Hashim membuat laporan itu di Ibupejabat Polis Daerah Kuantan.Beliau diiringi kira-kira 20 pemimpin dan anggota Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung GPMS negeri, Majlis Belia negeri dan beberapa lagi badan bukan kerajaan(NGO.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Muhamad Faiz berkata PERKASA juga mendesak Irene dan ERT membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penduduk Bumiputera di negara ini.

Sebuah portal berita semalam menerbitkan artikel hasil kajian ERT dan Tenaganita kononnya kewujudan Perkara 89 dan 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak Bumiputera adalah antara faktor di sebalik diskriminasi kaum di Malaysia.
 

Ahad, 11 November 2012

ORANG ISLAM TIADA HAK PILIH AGAMA : USTAZ NASHARUDIN MAT ISA

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menegaskan bahawa kenyataan kontroversi MP Lembah Pantain Nurul Izzah Anwar bermaksud bagi "memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia".

Sedangkan, surah al-Quran yang dipetik oleh Nurul Izzah dalam ucapan pada 3 November itu hanya tertakluk kepada golongan bukan Islam.

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 nasha pcTafsiran itu bermaksud, selagi mana sesorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim tiada hak sedikitpun untuk memaksa dia memeluk Islam.

Apabila Allah telah tentukan dalam urusan berkaitan akidah, syariah dan akhlak, kita tidak ada hak untuk memilih.

Hak kita hanya 'kami dengar dan kami taat' sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini.

Oleh itu, Nurul Izzah perlu memberi penjelasan sekiranya tidak bermaksud bahawa kenyataannya adalah berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu Islam.

Sekiranya tidak, naib presiden PKR itu perlu menarik balik kenyataannya, kata Nasha seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Beliau turut membidas pemimpin PAS yang mempertahankan Nurul Izzah dengan hujah bahawa pemimpin berkenaan tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam.

Nasharudin juga menggesa pemimpin tertinggi PAS untuk mengeluarkan kenyataan memandangkan terdapat anggota parti yang tidak selesa dengan kenyataan Nurul Izzah.

Mereka tunggu kenyataan pemimpin tertinggi sampai sekarang tidak keluar-keluar lagi," katanya.

Jumaat, 9 November 2012

PERKASA TIDAK BANTAH KERAJAAN JUMPA HINDRAF



Ibrahim Ali
Ibrahim Ali













PERKASA hari ini menyatakan pendirian menyokong penuh kesediaan kerajaan bertemu dengan semua kumpulan mewakili kaum India, termasuk Barisan Bertindak Hah-hak Hindu (Hindraf) bagi membincang isu-isu berbangkit.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, usaha kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang cuba mendekati rakyat termasuk Hindraf diharap akan membuahkan hasil yang baik.

Menurutnya, melalui perbincangan yang dilakukan Perdana Menteri, masalah rakyat dapat diselesaikan dengan segera dan lebih mendalam.

Tambahnya, "jika kerajaan tidak berbincang (dengan Hindraf), mereka akan bawa ke "jalan raya' dan akan ada pihak lain yang mengambil peluang itu untuk kepentingan politik sendiri tanpa memikirkan rakyat."

"Kita dari Perkasa menyokong penuh usaha kerajaan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu untuk mendekati semua pemimpin kaum hindu termasuk Hindraf," katanya kepada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia bertemu semua kumpulan mewakili kaum India, termasuk Hindraf untuk membincangkan rasa tidak puas hati mereka.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Perkasa Persoal Kenapa Hanya Serang Syed Mokhtar

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menolak tuduhan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) yang mendakwa tokoh korporat terkemuka bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, dakwaan Bung Moktar tidak dibuat bersandarkan fakta, sebaliknya hanya bersifat retorik politik dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin UMNO ke atas satu-satunya tokoh korporat Melayu paling berjaya itu.

Tegas Ibrahim sebagai Presiden Perkasa, beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan rakyat, khususnya masyarakat bukan Melayu terhadap kerajaan kerana implikasi daripada kenyataan tersebut boleh diputar belit oleh pembangkang.

Selasa, 23 Oktober 2012

PEMANDU TEKSI AKAN KEMPEN UNTUK PAKATAN RAKYAT

NONESatu kumpulan pemandu teksi yang menggelar diri mereka sebagai NGO Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) mengancam untuk berkempen bagi Pakatan Rakyat sekiranya kerajaan tidak memenuhi 15 tuntutan mereka.

Presidennya, Mohd Ridzwan Mohd Daud berkata kerajaan perlu lebih cakna dengan kebajikan pemandu teksi.

Beliau mahu kerajaan memberikan permit teksi individu kepada pemandu, bertindak terhadap pendatang asing yang memandu teksi dan menghapuskan sewa teksi pada hari Ahad dan hari kelepasan am.

"Kami mahu kerajaan pertimbangkan bahawa walaupun jumlah pemandu teksi sedikit, katakan 50,000 orang, setiap pemandu teksi akan membawa sekurang-kurangnya 20 penumpang sehari.

"Bagaimana jika duta pelancongan (pemandu teksi) ini menjadi duta Pakatan semasa tempoh kempen pilihan raya?

"50,000 pemandu teksi membawa 20 orang penumpang sehari bermakna satu juta orang (pengundi). Apa-apa pun boleh berlaku dalam tempoh kempen selama dua minggu," kata Ridzwan pada sidang media di pusat operasi PKR untuk parlimen Ampang.

Isnin, 22 Oktober 2012

PERKASA KELUAR ARAHAN BOIKOT MALAYSIAKINI

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA melancarkan boikot bagi melarang setiap ahlinya daripada memberi sebarang kenyataan terhadap Malaysiakini.

Sumber dalaman NGO itu mengesahkan larangan itu, seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita sebelum ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Ya betul. Kalau PERKASA tak nafikan, maknanya betullah tu," kata sumber itu ringkas.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali sebagai melarang ahlinya memberi kenyataan terhadapMalaysiakini dan mengaitkannya dengan pembiayaan jutawan George Soros.

Berucap di Persidangan Khas Tahunan PERKASA Selangor di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ibrahim juga mengaitkan NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan perkara sama.

"Haram bagi ahli PERKASA bagi kenyataan kepada Malaysiakini. Kita cakap lain dia tulis lain. 

"Kita boikot sampai PRU13," beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, tidak pasti bila larangan itu akan berkuat kuasa. Sehingga semalam, pertubuhan itu masih menghantar kenyataan medianya kepada Malaysiakini.

Kenyataan terbaru oleh Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris itu antaranya mengkritik Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berhubung penolakan hudud yang didakwa menghina umat Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran pada 27 September lalu menyifatkan serangan terhadap portal berita ini sebagai cerita lama yang diungkit kembali. 

Malaysiakini sebelas tahun lalu telah pun menerbitkan jawapanuntuk mematahkan serangan itu.