SELAMAT DATANG KE BLOG
PERKASA PERAK CYBER TROOPERS

Blog Khas Untuk
Wadah Perjuangan Orang Melayu

Mohon Sokongan Dari Para Pejuang

/// 30 ///

PPCT


Selasa, 21 Ogos 2012

SIAPA SEBENAR NYA YANG MENENTANG PERLAKSANAAN HUDUD ? ? ?

ANCAMAN PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD
SINAR HARIAN 10 Hb oktober 2011


RAMAI AKAN KELUAR JIKA DI LAKSANAKAN HUKUM HUDUD
Pas dijangka akan hilang ramai penyokong bukan Islam jika parti itu meneruskan hasratnya melaksanakan hudud.

Pengerusi Dewan Himpu¬nan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chow berkata, apa yang mungkin berlaku ialah tindakan keluar daripada sayap parti itu beramai-ramai seandainya pem
impin Pas enggan mengalah dan mahu terus memperjuangkan hudud.

“Saya bukan nak cabar parti. Kalau saya tak suka pada Pas, saya sudah lama keluar dan tubuh parti baru. Saya juga bukan tolak hudud tetapi saya mahu kepimpinan Pas beri perhatian kepada perkara-perkara lain sebelum fikir nak laksanakan hudud,” katanya.

Pang Chow berkata, beliau sudah menjelajah ke banyak negeri dan rata-rata penyokong pembangkang yang bukan Islam bertegas menolak hudud.

“Jadi Pas tidak boleh buat main-main dengan perkara ini. Selama ini, orang bukan Islam sokong Pas kerana sangka parti ini adalah yang terbaik, serasi dengan mereka. Tiba-tiba mahu buat hudud pula. Ini yang mereka tak boleh terima,”

DHPP yang sebelum ini dikenali sebagai Kelab Penyokong Pas diangkat status menjadi Dewan atau sayap termuda parti itu dua tahun lalu setelah bergerak dengan status kelab selama kira-kira enam tahun.

DHPP mempunyai kira-kira 20,000 ahli dengan 70 peratus daripadanya daripada kaum India, 20 peratus Cina dan 10 peratus daripada kaum lain. Bagaimanapun status ahli DHPP hanya sebagai ahli Dewan, bukan ahli Pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan